Tuesday 10 April 2012

Daulat Tuanku! YDPA Ke-14

Buat pertama kali di dalam sejarah Malaysia, KDYMM Sultan Kedah menjadi Sultan pertama yang ditabal untuk memegang jawatan YDPA sebanyak dua kali dimana pertama kali KDYMM Sultan Kedah telah dilantik menjadi YDPA Ke-5 Negara pada tahun 1970-1975 di usianya 42 tahun.

Dengan secara kebetulan pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Allahyarham Tun Razak bapa kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu DS Najib Tun Razak. Sekali lagi Baginda dilantik menjadi YDPA Ke-14 pada usia 84 tahun. Acara pertabalan Baginda juga dibuat pertama kali di Istana Negara yang baru.

Apabila PAB melihat dari kaca TV kesemua Sultan/Raja/TYT berkumpul di upacara pertabalan tadi yang penuh dengan adat dan ciri kemelayuan, PAB yakin dengan izin Allah, Sistem Kesultanan Melayu akan terus kukuh walaupun ada cubaan untuk menghapuskan sistem ini oleh orang-orang yang tidak kenal erti bersyukur dengan nikmat keamanan, insyaAllah! Daulat Tuanku!

Semoga Islam terus mekar di bawah payung Raja-Raja Melayu di Negara Malaysia yang tercinta ini!

Semoga Allah panjangkan usia Tuanku!

Daulat Tuanku!

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13 :
(Copy Paste dari blog lain, credit untuk senarai ini)

(1). Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

(2) Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

(3). Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.

(4). Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.

(5). Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.

(6). Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.

(7). Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.

(8). Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.

(9). Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.

(10.) Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.

(11). Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.

(12). Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.

(13). Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011. (IH)


TQ
PAB..


No comments:

Post a Comment