Saturday, 5 May 2012

Benteng Negara = PDRM

Assalamualaikum para pembaca budiman..

Entri kali ini PAB ingin memperkatakan tentang badan yang banyak menyumbang kepada keselamatan dan kemakmuran di negara kita iaitu Polis Diraja Malaysia.

Dewasa ini, perhimpunan atau demonstrasi sering kali diadakan dan bila saja ini berlaku, tumpuan kita sudah semestinya kepada pihak Polis. Sudah menjadi tugas pihak Polis untuk mengawal keselamatan dan kesejahteraan negara amnya dan rakyat khususnya.

Tetapi yang menyedihkan PAB, semenjak dua menjak ini, pihak Polis menjadi sasaran cacian, hinaan, fitnah dan banyak lagi oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan kredibiliti pihak Polis di mata dunia. Tidak cukup dengan memburukkan Kerajaan, pihak Polis juga menjadi sasaran oleh pihak-pihak yang tak kenal dek untung ini.

Pelbagai gelaran dan hinaan dilemparkan kepada pihak Polis, dikatakan "Anjing Kerajaan","Polis Raja di Malaysia" dan sebagainya tetapi semua ini tidak mematahkan semangat pihak Polis untuk terus berkhidmat kepada negara.

Tengok sahajalah ketika perhimpunan Bershit 3.0 berlangsung, semua sedia maklum bahawa terdapat anggota Polis yang dipukul dan dibelasah dengan teruk oleh pendemo jalanan. Motor dan kereta Polis juga tidak lari dari menjadi sasaran pendemo sehingga rosak teruk dikerjakan oleh pendemo yang tidak berdisplin.

Dimana rasa hormat hilang?, Di mana disiplin hilang?, Di mana rasa perikemanusiaan hilang?

Di sini PAB ingin berpesan kepada orang-orang di luar sana yang mengambil enteng kehadiran dan tugas Polis supaya berfikir semula siapa pihak Polis ini yang sebenarnya.

Polis lah yang menjaga ketenteraman awam, Polis juga lah yang menjaga kedaulatan negara. Tanpa Polis, undang-undang tidak dapat ditegakkan, kedaulatan undang-undang hilang, jenayah berleluasa dan keadaan sekeliling tidak selamat.

PAB sedih melihat apabila pihak Polis dihina, dipukul seperti tidak ada undang-undang di negara ini. Ingat, pihak Polis juga manusia biasa, tidak lari kesalahan tetapi hormatlah mereka seperti manusia yang lain dan hormat lah juga tugas mereka. Jangan dicaci tugas mereka, jangan dihina kehadiran meraka dan jangan memandang rendah tugas mereka.

Tugas pihak Polis bukanlah satu tugas yang ringan, ia memerlukan disiplin yang kuat dan juga mental yang kuat. Tidak semua orang sanggup menjadi anggota Polis, jadi sebagai rakyat yang lain, kita harus menghormati mereka kerana tugas mereka adalah satu tugas semata-mata untuk negara.

PAB ingin mengambil contoh anggota Polis yang bertugas di perhimpunan Bershit 3.0 baru baru ini, sedarkah kalian, ada di antara mereka dibekukan cuti semata-mata ingin menjaga orang yang ingin berdemo. Cuba kita letakkan keadaan kita di kaki anggota Polis terbabit, tidakkah kita rasa terkilan, terpaksa meninggalkan keluarga sedangkan hari tersebut mereka boleh bersantai bersama keluarga masing-masing?

Ada orang berkata, kenapa tidak tangkap penjenayah di luar tetapi sanggup menjaga perhimpunan yang aman ini?

Aftermath Bersih 3.0 sudah memberikan jawapan kepada persoalan di atas. Perhimpunan yang dikatakan aman bertukar ganas, kereta polis diterbalikkan, anggota polis dipukul, siapa penjenayah sebenarnya?, tidak perlu susah cari jauh-jauh, di depan mata mereka itulah penjenayah. Memukul Polis dan menganggu tugas Polis sudah boleh diklasifikasikan sebagai jenayah!

Tidak cukup dengan itu, hinaan seperti "Polis Anjing" turut dilemparkan. Kenapa sampai begitu sekali wahai saudaraku sekalian?, Polis itu juga manusia, punya keluarga, punya maruah, kamu berkata seperti Polis itu tidak ada maruah diri! Kamu menjadi tidak waras, demi menegakkan ideologi buruk kamu, kamu sanggup menghina orang yang selama ini memastikan kamu tidur nyenyak! Dan apabila ada masalah rumah dirompak, kereta dirompak, saudara mara diragut, di mana kamu buat laporan?! Di tempat "anjing" itu bukan?! Di mana pemikiran waras kalian?! Tugas Polis harus dihormati!

Tengok sahajalah surat terbuka oleh anak anggota Polis ini:
Assalamuailaikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat mahasiswa UUM sekalian,

Saya juga seperti kalian, mengambil berat apa yang berlaku pada hari semalam.

Jujur saya katakan, mereka keterlaluan, keterlaluan dalam erti kata menggelar Polis sebagai Anjing, melakukan provokasi dan sebagainya.

Saya anak Polis, apa salah Polis sehinggakan sahabat saya menggelarkan POLIS itu zalim, anjing!! Setiap yang polis lakukan itu kerana tugas mereka! Tugas menjaga keamanan. Hinakah pekerjaan ayah saya sebagai seorang POLIS??

Sedangkan sahabat-sahabat UUM ada yang menuduh polis zalim, kejam, berhati anjing dan sebagainya, pernahkah sahabat fikir yang dipanggil anjing itu adalah ayah saudara? Pernah?? Saya mohon maaf, saya percaya mahasiswa UUM tiada yang terlibat.

Cuma inilah luahan saya selepas membaca berita di Harakah Daily, dan sebagainya. Adakah apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru sebagai mengikut arahan? Adakah arahan itu termasuk menggelar polis anjing, merosakkan harta benda semua? Saya percaya tidak. Namun apabila disebut demostrasi perkara ini tak kan terlepas.

Mohon sahabat-sahabat sedar perjuangan seorang anggota polis. Andai sahabat terus menggelarkan mereka anjing, saya tiada pilihan untuk bangga diri saya sebagai anak anjing. Kerana Anjing yang dipanggil oleh pihak tertentu itu lah orang yang sentiasa sebelum tidurnya memikirkan mengenai ketenteraman awam.

Maafkan saya andai surat ini mengecilkan hati sahabat sekalian.

Terima Kasih kerana menyiarkan surat saya.


Lihat sajalah betapa terasa hatinya anak anggota Polis ini bila ayahnya digelar sedimikian rupa? Letakkan diri anda di kaki mereka, apa yang kalian rasa? Fikir-fikirkan lah.

PAB ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada PDRM kerana menjaga negara kita yang tercinta ini. Bukan terhad kepada PDRM sahaja, tetapi juga kepada pihak keselamatan yang lain (Tentera, Bomba, dsb). Cuma PAB rasa terkilan dan sedih kerana serangan terhadap pihak Polis semakin menjadi-jadi. Jasa mereka langsung dilupakan dan sentimen kebencian mula ditanam terhadap mereka.

PAB mengakhiri entri kali ini dengan hati yang ikhlas cuba membawa para pembaca memikirkan semula di mana hilangnya rasa bersyukur kita dengan segala nikmat yang ada ini? Adakah kita menjadi semakin tamak? Adakah kita semakin hilang nilai manusia di diri kita?
Fikir-Fikirkan...

TQ
PAB..

Thursday, 3 May 2012

Agenda Sebenar BERSIH 3.0

Assalamualaikum PAB ucapkan pada para pembaca yang budiman..

Seperti yang semua sedia maklum, BERSHIT 3.0 telah pun berlangsung di seluruh negeri di Malaysia bahkan dikatakan di bandar-bandar besar serata dunia termasuk di Tanah Arab.

Kita dapat lihat, berbanding Bersih 2.0, Bersih 3.0 kali ini semakin melihatkan agenda dan wajah sebenar perhimpunanyang dikatakan 'aman' ini. Ambiga, Anwar Ibrahim dan konco-konconya semakin lama semakin tertekan oleh kerana matlamat perhimpunan ini GAGAL.

Kononnya digembar-gempurkan oleh lidah-lidah pembangkang ini bahawa kehadiran rakyat di perhimpunan berlangsung di bandar KL hari itu mencecah 500 ribu orang! Malah ada yang terdesak sanggup mengubahsuai ataupun dipanggil photoshop gambar seperti gambar di bawah ini.


Nasib baik lah rakyat Malaysia sudah cerdik pandai dan sudah boleh menilai sendiri gambar ini dan tidak terpedaya dengan propaganda puak pembangkang. Puak yang menyokong Bersih 3.0 berbangga dengan kehadiran pendemo hari tersebut yang kononnya mencecah 500 ribu orang. PAB tahu bahawa tidak ada satu pun yang dapat mengira jumlah pendemo pada hari tersebut dengan tepat, 30 ribu kah?, 100 ribu kah?, 200 ribu kah?, ataupun 500 ribu?. 

Tidak kisahlah berapa pun jumlah pendemo berada di bandar KL pada hari tersebut, katakanlah 500 ribu orang, penduduk Malaysia berjumlah 22.7 juta orang! Nilai 500 ribu itu tidak sampai pun SUKU daripada 22.7 juta penduduk di Malaysia ini, adakah itu yang dibanggakan oleh pendemo-pendemo Bershit 3.0 ini??

Kita tinggalkan sahaja berapa jumlah pendemo di KL hari itu, jumlah tidak penting, malah tidak bernilai pun untuk kita bincangkan kerana SILENT MAJORITY masih RAMAI! Kata kunci dia senang, BUKAN SEMUA RAKYAT SOKONG PERHIMPUNAN BERSIH!

PAB ingin membawa para pembaca melihat "aftermath" perhimpunan Bersih 3.0 ini. PAB agak terlambat mengulas isu perhimpunan ini dan PAB yakin ada para pembaca yang sudah melihat ulasan-ulasan dari para blogger yang lain tidak kiralah dari Pro Bersih ataupun Anti Bersih.

Kalau para pembaca dapat melihat, perhimpunan Bersih kali ini melihatkan kecerdikan dan kecekapan pihak Polis mengendalikan pendemo jalanan ini. Jika kita lihat Bersih 2.0, Pancutan Meriam Air dan Tear Gas agak banyak dilepaskan berbanding Bersih 3.0 kali ini.

Agak susah Pro-Bersih mencari kesilapan pihak Polis di dalam mengendalikan perhimpunan kali ini. PAB sendiri dapat lihat komen-komen di laman Youtube berkaitan video Bersih 3.0 tidak kira di 'upload' oleh Pro Bersih ataupun Anti Bersih, rata-rata komen banyak menyokong tindakan pihak Polis dan majoriti komen semuanya menyelar tindak tanduk pendemo jalanan tersebut.

Bermula dari provokasi melampau oleh sesetengah pendemo Bersih terhadap pihak polis, merempuh halangan pihak Polis sehinggalah memukul anggota Polis.

Rakyat semakin sedar dan celik agenda sebenar perhimpunan yang menggunakan tagline "Duduk dan Bantah" ini, perhimpunan yang dikatakan aman ini bertukar menjadi satu perhimpunan ganas di mana pihak Polis dipukul sehingga cedera parah!

Video-video yang dikeluarkan menjadi bukti bagaimana pendemo jalanan membuat provokasi terhadap pihak polis semenjak malam sebelum perhimpunan berlangsung! Kita dapat lihat pendemo jalanan yang dikepalai oleh Unit Amal Pas merempuh halangan Polis di KLCC!

Pembangkang kini ketandusan idea untuk menyalahakan pihak kerajaan di mana perhimpunan kali ini boleh dikatakan TOTAL FAILURE. Mereka membuat isu dengan mengatakan pihak Polis melanggar pendemo jalanan di SOGO tetapi, yang HAK TETAP BERDIRI!, video-video yang dirakam melihatkan anggota Polis tersebut telahpun separuh sedar di dalam kereta tersebut kerana telah dibaling dengan pelbagai objek termasuk BATA! Sehinggakan kereta yang dipandu terbabas dan melanggar pendemo jalanan yang berada bahu jalan.

Isu yang dimainkan untuk menyalahkan pihak kerajaan dan pihak polis pada kali ini mudah ditepis kerana rakyat dapat menilai siapa yang sebenarnya berlaku ganas ketika perhimpunan itu berlangsung. 

Tidak ada kebaikan yang kita dapat ambil dari Bersih 3.0 ini, lihat saja 'aftermath' perhimpunan ini, adakah 8 TUNTUTAN dalam Bersih masih dilaungkan? TIDAK ADA. Yang ada dilaungkan ialah kesalahan pihak kerajaan dan pihak polis. Memang itu agenda tersembunyi perhimpunan Bersih ini, menunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan itu tidak adil dan pihak berkuasa zalim dalam menjalankan tugas mereka. 8 tuntutan itu hanyalah sebagai umpan untuk menipu rakyat yang belum dapat melihat topeng sebenar penganjur Bersih dan juga pembangkang.

Para pembaca yang budiman, lihat lah sahaja di media-media pembangkang, adakah 8 tuntutan itu masih dilaung-laungkan? Menjelang perhimpunan saja mereka melaungkan 8 tuntutan tersebut, tetapi ketika dan selepas perhimpunan semuanya lenyap, yang hanya dilaungkan hanyalah retorik politik kotor! "Kerajaan salah!,Polis Zalim! Hak asasi diketepikan!" Itu sahajalah yang dilaungkan. 

Sebab itu PAB mengatakan dari awal, perhimpunan Bersih ini tidak ikhlas malah menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Mereka hanya menunggu peluang untuk menyalahkan pihak Kerajaan secara total dan memburukkan imej kerajaan di mata dunia!

Akhir kata, jika Bersih 4.0 dibuat sekali lagi, PAB yakin semakin ramai akan mengetahui agenda sebenar perhimpunan ini dilakukan dan InsyaAllah semakin ramai menghindari perhimpunan yang sia-sia dan merosakkan negara ini.

TQ
PAB..

Tuesday, 17 April 2012

PTPTN - Beban atau Bantuan?

Isu pemansuhan PTPTN semakin hangat diperkatakan dan baru- baru ini terdapat golongan yang mengatakan diri mereka Mahasiswa Anti-PTPTN telah melakukan demonstrasi di dataran merdeka malah telah berkampung dan mendirikan khemah sementara menunggu Perhimpunan BerShit 3.0 pada 28 haribulan ini.

Kumpulan Mahasewel Mahasiswa ini menuntut supaya Kerajaan memberi Pendidikan percuma di Negara ini. Mereka mengatakan bahawa PTPTN membuatkan pelajar di ikat dengan bebanan hutang selepas tamat pelajaran di peringkat tinggi.

Jadi di sini, adakah PTPTN ini satu beban ataupun bantuan?

Mari kita berbicara dari sudut bebanan. PAB yakin rata-rata umat manusia faham erti beban. Dalam erti kata lain beban merupakan masalah yang belum selesai dan ditanggung oleh seseorang individu. Kumpulan Mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Anti-PTPTN yang diketuai oleh Mahasiswa yang bernama Adam Adli ini menuntut supaya kerajaan memberi pendidikan percuma untuk semua individu. Wujudnya PTPTN bermaksud bagi mereka adalah satu beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh lepasan pelajar dan tidak ada percuma dalam memberi pendidikan kepada individu di negara ini.

Apa yang PAB lihat, isu ini menjadi besar bila ada politikus pembangkang yang beria-ia memberi sokongan dari belakang. Kumpulan Mahasewel ini digunakan oleh politikus pembangkang untuk menekan pihak kerajaan dari setiap sudut.

Apabila kita berbicara mengenai bantuan, PAB yakin majoriti rakyat di negara ini tidak termakan dengan slogan anti-PTPTN di mana kebanyakan lepasan pelajar bersyukur dengan adanya PTPTN, mereka berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tertinggi. Ramai yang berkerja pada hari ini mengakui bahawa bantuan dari PTPTN sangat diperlukan ketika belajar kerana bukan semua mampu untuk melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi tanpa bantuan kewangan.

PTPTN ditubuhkan untuk membantu pelajar kurang kemampuan melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Universiti ataupun Kolej. Bukan semua rakyat di negara ini mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi malah ada yang terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana tidak mampu dari segi kewangan. Bila adanya pinjaman pelajaran seperti PTPTN diwujudkan, ianya umpama satu peluang besar.

PAB tahu golongan-golongan ini akan mengatakan bahawa jika pendidikan di negara ini percuma, semua rakyat berpeluang melanjutkan pelajaran, tidak kira orang itu kaya ataupun miskin. Tapi golongan ini harus ingat, untuk memberi sesuatu dengan percuma ataupun erti kata lain, "SEMUA PERCUMA", ianya tidak semudah yang mereka sangkakan. Isu percuma ini harus dilihat dari pelbagai sudut, PAB bukan lah seorang yang pakar dalam ekonomi ataupun perkara lain tapi PAB cuma mahu bersikap memahami, adalah senang untuk mengkritik orang daripada menjadi orang yang dikritik itu.

Jika golongan-golongan mahasiswa ini bijak pandai, cubalah berfikir dengan lebih mendalam, baik buruk, jangka masa pendek ataupun panjang, kesemuanya, jangan hanya pandai mengatakan sesuatu tapi tidak berfikir dengan lebih panjang lagi dalam! Cubalah belajar berSYUKUR, walaupun kita tidak mempunyai pendidikan percuma, tetapi kita masih ada peluang dan SEKURANG-KURANGNYA ADA PELUANG untuk melanjutkan pelajaran dengan adanya PTPTN ini.

Politikus pembangkang juga tidak ketinggalan mempergunakan isu PTPTN ini untuk menghentam kerajaan seperti mereka ini kekurangan isu lain. Apa kata wahai politikus pembangkang yang memerintah beberapa buah negeri di negara ini mansuhkan dahulu yuran pengajian di negeri mereka seperti UNISEL? Jikalau mereka berniat ikhlas, mansuhkan dulu yuran dan bagi pendidikan percuma di UNISEL, macam mana?

Pada bakal mahsiswa, jika takut dibelenggu "hutang" PTPTN, belajar lah betul-betul, pastikan anda mendapat keputusan yang sangat cemerlang supaya pinjaman menjadi biasiswa. Kepada pelajar SPM, cuba capai keputusan cemerlang, insyaAllah biasiswa di tangan anda. Jika kita lihat betul-betul, terpulang pada mahasiswa tersebut samada mahu dibelenggu "hutang" PTPTN ataupun tidak, ini negara demokrasi, pilihan di tangan anda, ambil bantuan PTPTN ataupun tidak. Dan jika anda ambil, pastikan anda belajar betul-betul dan insyaAllah anda mendapat kerja yang bagus dan tiada masalah membayar kembali PTPTN. Semuanya terpulang kepada diri mahasiswa/wi. 

Akhir kata, bersyukur lah wahai mahasiswa-mahasiswa sekalian, sesungguhnya anda semua berpeluang melanjutkan pelajaran dengan bantuan PTPTN dan jika sudah dapat bantuan, bayarlah kembali. Hutang tetap hutang. Jangan mengharapkan semuanya dengan percuma. Kalau masih berdegil, kembalikan lah duit PTPTN tersebut, berilah pada orang yang lebih memerlukan daripada kamu Mahasewel  Mahasiswa anti-PTPTN.

"BERSYUKUR DENGAN SEGALA YANG ADA"


TQ
PAB..



Saturday, 14 April 2012

Ahli Parlimen Pembangkang Monyet Kuasa Dua

YB Kamalanathan mengesahkan sendiri bahawa di hari pertabalan YDPA, ahli-ahli parlimen pembangkang telah bersikap kurang ajar seperti yang didedahkan oleh blog Empayar Pemuda (Klik Sini)

Mari kita tengok apa yang di "tweet" oleh YB Kamalanathan yang mengesahkan kejadian tersebut.


Nampak? Nama saja ahli Parlimen, tapi sikap mereka tidak matang dan keterlaluan. Tidak layak untuk mentadbir Malaysia. Usir mereka dari negara ini!

TQ
PAB..

Thursday, 12 April 2012

Ahli Parlimen Pembangkang Biadap Serupa Monyet?

Kurang ajar dan tidak layak jadi ahli parlimen!

Itu yang PAB ingin katakan kepada ahli parlimen pembangkang. Sakit hati dan terkejut dengan pendedahan dari blog Empayar Pemuda ini.

Sila baca dan sebarkan (Klik Sini)

TQ
PAB..

Negeri di bawah Bayu = Sabah






Boleh dikatakan bahawa Negeri Sabah merupakan kubu kuat Barisan Nasional, ini juga diakui oleh Pakatan Pembangkang. Tidak salah juga kalau PAB katakan bahawa "Silent Majority" banyak terdapat di Sabah.

Tapi untuk post kali ini, PAB ingin menulis tentang kemajuan yang telah rakyat Sabah dapat sepanjang BN memerintah. PAB yakin kebanyakan orang semenanjung telah datang ke Sabah malah ada juga yang telah mengahwini orang Sabah sendiri.

PAB berani mengatakan bahawa pembangunan di Sabah dalam tempoh 5-10 tahun sangat sangat sangat pesat dan laju terumatanya di Kota Kinabalu. Kerajaan BN telah memperuntukan berbillion-billion ringgit untuk memastikan Sabah tidak ketinggalan di arus pembangunan negara.

PR selalu menggunakan modal politiknya untuk mengapi-apikan penduduk Sabah dengan menyatakan bahawa Sabah antara negeri termiskin di Malaysia. PAB sendiri tidak tahu dengan berasaskan apakah PR mengatakan Sabah antara negeri termiskin dan mundur di Malaysia.

Bukan saja dari segi pembangunan malah pengangkutan awam juga semakin teratur dan baik. Semakin banyak pengangkutan Bas yang baru telah disediakan untuk kemudahan dan kesenangan rakyat Sabah. Jalan raya 'fly over' yang dahulunya tiada, juga sudah ada.

Semenjak Kota Kinabalu dinaik taraf menjadi Bandaraya, pembangunan sangat pesat dan banyak. Kota Kinabalu yang PAB lihat dulu memang sangat berbeza dengan keadaan sekarang. PAB dapat lihat bahawa Kerajaan BN mengotakan janji-janji mereka bukan seperti PR yang hanya menuduh dan lebih banyak bercakap dari buat kerja.



Bila ada orang berkata yang skala pembangunan di Sabah ini tidak sama di mana Kota Kinabalu lebih jauh membangun dari daerah-daerah lain, hanya satu nasihat PAB kepada orang-orang sedemikian, Kota Kinabalu adalah bandaraya ataupun tempat tumpuan bagi Sabah, sebut Sabah, ingat Kota Kinabalu, jadi tidak hairanlah jika fokus kerajaan lebih ke Kota Kinabalu kerana Kota Kinabalu adalah PUSAT BANDAR SABAH.

PAB sangat yakin Kerajaan BN tidak melupakan pembangunan di daerah-daerah lain. Sebagai contoh di Daerah Putatan sangat laju membangun di bawah pemerintahan BN dan semakin banyak projek-projek perumahan didirikan di kawasan itu. PAB yakin satu hari nanti Daerah Putatan juga boleh dinaik taraf menjadi status Bandar.

Bukan sahaja Putatan, malah daerah-daerah lain di Sabah juga pesat membangun dalam tempoh 5-10 tahun ini. PAB dapat lihat,  Lahad Datu, Tawau, Kudat, Sandakan, Tuaran dan banyak lagi Daerah lain yang semakin lama semakin membangun di bawah pemerintahan BN.

Matematiknya senang sahaja, bila Kota Kinabalu maju dan membangun, orang luar akan datang ke Sabah dan sekaligus akan melawat daerah-daerah lain. Bila nama Sabah telah dikenali oleh pelancong luar negara, PAB pasti yang daerah lain juga akan dapat nikmat pembangunan yang sama.

Bandingkan Kota Kinabalu dengan Pusat Bandar yang berada di negeri-negeri semenanjung seperti Kuantan, Ipoh, etc, anda dapat lihat bahawa pembangunan di Kota Kinabalu setaraf malah lebih pesat dari bandar-bandar yang lain. PAB yakin bahwa rakyat Sabah sangat bersyukur dengan pembangunan yang dikecapi selama duduk di bawah pemerintahan Kerajaan BN. Oleh itu tidak hairanlah rakyat Sabah sering memberi mandat besar kepada Kerajaan BN pada setiap pilihanraya yang diadakan.

Sebut apa sahaja yang anda ingin lawati dan beli, insyaAllah dapat dicari di Sabah dan semuanya atas jasa Kerajaan BN yang banyak membangunkan Sabah ^_^






(Credit kepada Owner gambar di atas)

TQ
PAB..






Wednesday, 11 April 2012

Bila Bumi "Marah"

PAB pasti semua orang sudah alert berlakunya gempa bumi 8.9 di Aceh.

Pray for our safety..Amin

TQ
PAB..