Tuesday 17 April 2012

PTPTN - Beban atau Bantuan?

Isu pemansuhan PTPTN semakin hangat diperkatakan dan baru- baru ini terdapat golongan yang mengatakan diri mereka Mahasiswa Anti-PTPTN telah melakukan demonstrasi di dataran merdeka malah telah berkampung dan mendirikan khemah sementara menunggu Perhimpunan BerShit 3.0 pada 28 haribulan ini.

Kumpulan Mahasewel Mahasiswa ini menuntut supaya Kerajaan memberi Pendidikan percuma di Negara ini. Mereka mengatakan bahawa PTPTN membuatkan pelajar di ikat dengan bebanan hutang selepas tamat pelajaran di peringkat tinggi.

Jadi di sini, adakah PTPTN ini satu beban ataupun bantuan?

Mari kita berbicara dari sudut bebanan. PAB yakin rata-rata umat manusia faham erti beban. Dalam erti kata lain beban merupakan masalah yang belum selesai dan ditanggung oleh seseorang individu. Kumpulan Mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Anti-PTPTN yang diketuai oleh Mahasiswa yang bernama Adam Adli ini menuntut supaya kerajaan memberi pendidikan percuma untuk semua individu. Wujudnya PTPTN bermaksud bagi mereka adalah satu beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh lepasan pelajar dan tidak ada percuma dalam memberi pendidikan kepada individu di negara ini.

Apa yang PAB lihat, isu ini menjadi besar bila ada politikus pembangkang yang beria-ia memberi sokongan dari belakang. Kumpulan Mahasewel ini digunakan oleh politikus pembangkang untuk menekan pihak kerajaan dari setiap sudut.

Apabila kita berbicara mengenai bantuan, PAB yakin majoriti rakyat di negara ini tidak termakan dengan slogan anti-PTPTN di mana kebanyakan lepasan pelajar bersyukur dengan adanya PTPTN, mereka berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tertinggi. Ramai yang berkerja pada hari ini mengakui bahawa bantuan dari PTPTN sangat diperlukan ketika belajar kerana bukan semua mampu untuk melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi tanpa bantuan kewangan.

PTPTN ditubuhkan untuk membantu pelajar kurang kemampuan melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Universiti ataupun Kolej. Bukan semua rakyat di negara ini mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi malah ada yang terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana tidak mampu dari segi kewangan. Bila adanya pinjaman pelajaran seperti PTPTN diwujudkan, ianya umpama satu peluang besar.

PAB tahu golongan-golongan ini akan mengatakan bahawa jika pendidikan di negara ini percuma, semua rakyat berpeluang melanjutkan pelajaran, tidak kira orang itu kaya ataupun miskin. Tapi golongan ini harus ingat, untuk memberi sesuatu dengan percuma ataupun erti kata lain, "SEMUA PERCUMA", ianya tidak semudah yang mereka sangkakan. Isu percuma ini harus dilihat dari pelbagai sudut, PAB bukan lah seorang yang pakar dalam ekonomi ataupun perkara lain tapi PAB cuma mahu bersikap memahami, adalah senang untuk mengkritik orang daripada menjadi orang yang dikritik itu.

Jika golongan-golongan mahasiswa ini bijak pandai, cubalah berfikir dengan lebih mendalam, baik buruk, jangka masa pendek ataupun panjang, kesemuanya, jangan hanya pandai mengatakan sesuatu tapi tidak berfikir dengan lebih panjang lagi dalam! Cubalah belajar berSYUKUR, walaupun kita tidak mempunyai pendidikan percuma, tetapi kita masih ada peluang dan SEKURANG-KURANGNYA ADA PELUANG untuk melanjutkan pelajaran dengan adanya PTPTN ini.

Politikus pembangkang juga tidak ketinggalan mempergunakan isu PTPTN ini untuk menghentam kerajaan seperti mereka ini kekurangan isu lain. Apa kata wahai politikus pembangkang yang memerintah beberapa buah negeri di negara ini mansuhkan dahulu yuran pengajian di negeri mereka seperti UNISEL? Jikalau mereka berniat ikhlas, mansuhkan dulu yuran dan bagi pendidikan percuma di UNISEL, macam mana?

Pada bakal mahsiswa, jika takut dibelenggu "hutang" PTPTN, belajar lah betul-betul, pastikan anda mendapat keputusan yang sangat cemerlang supaya pinjaman menjadi biasiswa. Kepada pelajar SPM, cuba capai keputusan cemerlang, insyaAllah biasiswa di tangan anda. Jika kita lihat betul-betul, terpulang pada mahasiswa tersebut samada mahu dibelenggu "hutang" PTPTN ataupun tidak, ini negara demokrasi, pilihan di tangan anda, ambil bantuan PTPTN ataupun tidak. Dan jika anda ambil, pastikan anda belajar betul-betul dan insyaAllah anda mendapat kerja yang bagus dan tiada masalah membayar kembali PTPTN. Semuanya terpulang kepada diri mahasiswa/wi. 

Akhir kata, bersyukur lah wahai mahasiswa-mahasiswa sekalian, sesungguhnya anda semua berpeluang melanjutkan pelajaran dengan bantuan PTPTN dan jika sudah dapat bantuan, bayarlah kembali. Hutang tetap hutang. Jangan mengharapkan semuanya dengan percuma. Kalau masih berdegil, kembalikan lah duit PTPTN tersebut, berilah pada orang yang lebih memerlukan daripada kamu Mahasewel  Mahasiswa anti-PTPTN.

"BERSYUKUR DENGAN SEGALA YANG ADA"


TQ
PAB..



Saturday 14 April 2012

Ahli Parlimen Pembangkang Monyet Kuasa Dua

YB Kamalanathan mengesahkan sendiri bahawa di hari pertabalan YDPA, ahli-ahli parlimen pembangkang telah bersikap kurang ajar seperti yang didedahkan oleh blog Empayar Pemuda (Klik Sini)

Mari kita tengok apa yang di "tweet" oleh YB Kamalanathan yang mengesahkan kejadian tersebut.


Nampak? Nama saja ahli Parlimen, tapi sikap mereka tidak matang dan keterlaluan. Tidak layak untuk mentadbir Malaysia. Usir mereka dari negara ini!

TQ
PAB..

Thursday 12 April 2012

Ahli Parlimen Pembangkang Biadap Serupa Monyet?

Kurang ajar dan tidak layak jadi ahli parlimen!

Itu yang PAB ingin katakan kepada ahli parlimen pembangkang. Sakit hati dan terkejut dengan pendedahan dari blog Empayar Pemuda ini.

Sila baca dan sebarkan (Klik Sini)

TQ
PAB..

Negeri di bawah Bayu = Sabah






Boleh dikatakan bahawa Negeri Sabah merupakan kubu kuat Barisan Nasional, ini juga diakui oleh Pakatan Pembangkang. Tidak salah juga kalau PAB katakan bahawa "Silent Majority" banyak terdapat di Sabah.

Tapi untuk post kali ini, PAB ingin menulis tentang kemajuan yang telah rakyat Sabah dapat sepanjang BN memerintah. PAB yakin kebanyakan orang semenanjung telah datang ke Sabah malah ada juga yang telah mengahwini orang Sabah sendiri.

PAB berani mengatakan bahawa pembangunan di Sabah dalam tempoh 5-10 tahun sangat sangat sangat pesat dan laju terumatanya di Kota Kinabalu. Kerajaan BN telah memperuntukan berbillion-billion ringgit untuk memastikan Sabah tidak ketinggalan di arus pembangunan negara.

PR selalu menggunakan modal politiknya untuk mengapi-apikan penduduk Sabah dengan menyatakan bahawa Sabah antara negeri termiskin di Malaysia. PAB sendiri tidak tahu dengan berasaskan apakah PR mengatakan Sabah antara negeri termiskin dan mundur di Malaysia.

Bukan saja dari segi pembangunan malah pengangkutan awam juga semakin teratur dan baik. Semakin banyak pengangkutan Bas yang baru telah disediakan untuk kemudahan dan kesenangan rakyat Sabah. Jalan raya 'fly over' yang dahulunya tiada, juga sudah ada.

Semenjak Kota Kinabalu dinaik taraf menjadi Bandaraya, pembangunan sangat pesat dan banyak. Kota Kinabalu yang PAB lihat dulu memang sangat berbeza dengan keadaan sekarang. PAB dapat lihat bahawa Kerajaan BN mengotakan janji-janji mereka bukan seperti PR yang hanya menuduh dan lebih banyak bercakap dari buat kerja.



Bila ada orang berkata yang skala pembangunan di Sabah ini tidak sama di mana Kota Kinabalu lebih jauh membangun dari daerah-daerah lain, hanya satu nasihat PAB kepada orang-orang sedemikian, Kota Kinabalu adalah bandaraya ataupun tempat tumpuan bagi Sabah, sebut Sabah, ingat Kota Kinabalu, jadi tidak hairanlah jika fokus kerajaan lebih ke Kota Kinabalu kerana Kota Kinabalu adalah PUSAT BANDAR SABAH.

PAB sangat yakin Kerajaan BN tidak melupakan pembangunan di daerah-daerah lain. Sebagai contoh di Daerah Putatan sangat laju membangun di bawah pemerintahan BN dan semakin banyak projek-projek perumahan didirikan di kawasan itu. PAB yakin satu hari nanti Daerah Putatan juga boleh dinaik taraf menjadi status Bandar.

Bukan sahaja Putatan, malah daerah-daerah lain di Sabah juga pesat membangun dalam tempoh 5-10 tahun ini. PAB dapat lihat,  Lahad Datu, Tawau, Kudat, Sandakan, Tuaran dan banyak lagi Daerah lain yang semakin lama semakin membangun di bawah pemerintahan BN.

Matematiknya senang sahaja, bila Kota Kinabalu maju dan membangun, orang luar akan datang ke Sabah dan sekaligus akan melawat daerah-daerah lain. Bila nama Sabah telah dikenali oleh pelancong luar negara, PAB pasti yang daerah lain juga akan dapat nikmat pembangunan yang sama.

Bandingkan Kota Kinabalu dengan Pusat Bandar yang berada di negeri-negeri semenanjung seperti Kuantan, Ipoh, etc, anda dapat lihat bahawa pembangunan di Kota Kinabalu setaraf malah lebih pesat dari bandar-bandar yang lain. PAB yakin bahwa rakyat Sabah sangat bersyukur dengan pembangunan yang dikecapi selama duduk di bawah pemerintahan Kerajaan BN. Oleh itu tidak hairanlah rakyat Sabah sering memberi mandat besar kepada Kerajaan BN pada setiap pilihanraya yang diadakan.

Sebut apa sahaja yang anda ingin lawati dan beli, insyaAllah dapat dicari di Sabah dan semuanya atas jasa Kerajaan BN yang banyak membangunkan Sabah ^_^






(Credit kepada Owner gambar di atas)

TQ
PAB..






Wednesday 11 April 2012

Bila Bumi "Marah"

PAB pasti semua orang sudah alert berlakunya gempa bumi 8.9 di Aceh.

Pray for our safety..Amin

TQ
PAB..

Tuesday 10 April 2012

Daulat Tuanku! YDPA Ke-14

Buat pertama kali di dalam sejarah Malaysia, KDYMM Sultan Kedah menjadi Sultan pertama yang ditabal untuk memegang jawatan YDPA sebanyak dua kali dimana pertama kali KDYMM Sultan Kedah telah dilantik menjadi YDPA Ke-5 Negara pada tahun 1970-1975 di usianya 42 tahun.

Dengan secara kebetulan pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Allahyarham Tun Razak bapa kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu DS Najib Tun Razak. Sekali lagi Baginda dilantik menjadi YDPA Ke-14 pada usia 84 tahun. Acara pertabalan Baginda juga dibuat pertama kali di Istana Negara yang baru.

Apabila PAB melihat dari kaca TV kesemua Sultan/Raja/TYT berkumpul di upacara pertabalan tadi yang penuh dengan adat dan ciri kemelayuan, PAB yakin dengan izin Allah, Sistem Kesultanan Melayu akan terus kukuh walaupun ada cubaan untuk menghapuskan sistem ini oleh orang-orang yang tidak kenal erti bersyukur dengan nikmat keamanan, insyaAllah! Daulat Tuanku!

Semoga Islam terus mekar di bawah payung Raja-Raja Melayu di Negara Malaysia yang tercinta ini!

Semoga Allah panjangkan usia Tuanku!

Daulat Tuanku!

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13 :
(Copy Paste dari blog lain, credit untuk senarai ini)

(1). Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

(2) Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

(3). Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.

(4). Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.

(5). Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.

(6). Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.

(7). Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.

(8). Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.

(9). Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.

(10.) Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.

(11). Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.

(12). Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.

(13). Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011. (IH)


TQ
PAB..


Bersih 3.0 dibenarkan?

Mengikut "lidah tidak rasmi" PR, kerajaan telah membenarkan perhimpunan BerShit Bersih 3.0 ini selagi ianya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011. (Sumber)

Apa yang kita boleh lihat disini, nampak yang Kerajaan sekarang lebih demokrasi dengan membenarkan perhimpunan sebegini. Walaupun sebenarnya apa yang PAB nampak perhimpunan ini tidak membawa sebarang kebaikan malah keburukan.

Tidak ada yang ikhlas PAB lihat di dalam "perjuangan" yang kononnya memperjuangkan Pilihan Raya yang adil lagi telus. Semuanya berMOTIFKAN POLITIK semata-mata. PAB berani mengatakan bahawa "perjuangan" mereka ini SIA-SIA.

Apa yang boleh kita dapat dengan turun ke jalan raya? Terpekik terlolong seperti orang hilang kewarasan. BUANG MASA DAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN!

Modus operandi Bershit 3.0 ini senang, beri tekanan dengan Kerajaan, bagi lihat dunia bahawa Kerajaan sekarang tidak adil dan bila berjaya, imej Kerajaan buruk dan kuasa luar akan campur tangan, ini yang mereka HARAPKAN!

PAB bersimpati kepada yang betul-betul berniat murni tulus suci ikut perhimpunan tersebut tetapi sebenarnya mereka digunakan!

Tidakkah anda melihat niat sebenar mereka yang disebalik tabir perhimpunan ini?

Mungkin ada sesetengah penyokong tegar perhimpunan ini di luar sana yang akan cakap, "Boleh lah ko cakap macamtu,ko sokong kerajaan", YA PAB mengaku memang PAB Pro-Govt, tapi PAB ada kawan yang Anti-Govt tapi membantah sekeras-kerasnya Bershit 3.0 ini.

Bila PAB tanya mengapa mereka membantah?, jawapan mereka, "Kalau Bersih 3.0 ini berjaya,maksudnya mereka berjaya memburukkan imej negara dimata dunia, sekaligus yakin kuasa luar akan masuk ke Malaysia, walaupun sebenarnya keadaan di negara kita ini tidak lah teruk mana".

Jika kamu membenci Kerajaan sekalipun, keselamatan dan kedaulatan negara mesti dipelihara dan dipertahankan. Fikirkan kesan jangka masa panjang jika setiap perkara hendak dibawa ke jalan raya. Jangan gunakan demokrasi untuk menghancurkan negara sendiri.

Gunakan akal anda.

TQ
PAB..







Monday 9 April 2012

Rise of Silent Majority

Bismillahirrahmanirrahim..

Tajuk sudah menunjukkan segala-galanya..

PAB merupakan salah satu rakyat yang dikenali sebagai "Silent Majority"..PAB merasakan sudah sampai masanya untuk PAB masuk ke alam siber untuk membantu para blogger pro-Govt melanyak dan menepis segala fitnah yang disampaikan oleh blogger pro-PR..

Berhujah dengan fakta dan rasional, itulah PAB akan cuba tonjolkan..PAB akan cuba mengupas isu-isu terbaru dan akan melahirkan pendapat dari sudut perspektif PAB sendiri..

TQ
PAB..