Thursday 3 May 2012

Agenda Sebenar BERSIH 3.0

Assalamualaikum PAB ucapkan pada para pembaca yang budiman..

Seperti yang semua sedia maklum, BERSHIT 3.0 telah pun berlangsung di seluruh negeri di Malaysia bahkan dikatakan di bandar-bandar besar serata dunia termasuk di Tanah Arab.

Kita dapat lihat, berbanding Bersih 2.0, Bersih 3.0 kali ini semakin melihatkan agenda dan wajah sebenar perhimpunanyang dikatakan 'aman' ini. Ambiga, Anwar Ibrahim dan konco-konconya semakin lama semakin tertekan oleh kerana matlamat perhimpunan ini GAGAL.

Kononnya digembar-gempurkan oleh lidah-lidah pembangkang ini bahawa kehadiran rakyat di perhimpunan berlangsung di bandar KL hari itu mencecah 500 ribu orang! Malah ada yang terdesak sanggup mengubahsuai ataupun dipanggil photoshop gambar seperti gambar di bawah ini.


Nasib baik lah rakyat Malaysia sudah cerdik pandai dan sudah boleh menilai sendiri gambar ini dan tidak terpedaya dengan propaganda puak pembangkang. Puak yang menyokong Bersih 3.0 berbangga dengan kehadiran pendemo hari tersebut yang kononnya mencecah 500 ribu orang. PAB tahu bahawa tidak ada satu pun yang dapat mengira jumlah pendemo pada hari tersebut dengan tepat, 30 ribu kah?, 100 ribu kah?, 200 ribu kah?, ataupun 500 ribu?. 

Tidak kisahlah berapa pun jumlah pendemo berada di bandar KL pada hari tersebut, katakanlah 500 ribu orang, penduduk Malaysia berjumlah 22.7 juta orang! Nilai 500 ribu itu tidak sampai pun SUKU daripada 22.7 juta penduduk di Malaysia ini, adakah itu yang dibanggakan oleh pendemo-pendemo Bershit 3.0 ini??

Kita tinggalkan sahaja berapa jumlah pendemo di KL hari itu, jumlah tidak penting, malah tidak bernilai pun untuk kita bincangkan kerana SILENT MAJORITY masih RAMAI! Kata kunci dia senang, BUKAN SEMUA RAKYAT SOKONG PERHIMPUNAN BERSIH!

PAB ingin membawa para pembaca melihat "aftermath" perhimpunan Bersih 3.0 ini. PAB agak terlambat mengulas isu perhimpunan ini dan PAB yakin ada para pembaca yang sudah melihat ulasan-ulasan dari para blogger yang lain tidak kiralah dari Pro Bersih ataupun Anti Bersih.

Kalau para pembaca dapat melihat, perhimpunan Bersih kali ini melihatkan kecerdikan dan kecekapan pihak Polis mengendalikan pendemo jalanan ini. Jika kita lihat Bersih 2.0, Pancutan Meriam Air dan Tear Gas agak banyak dilepaskan berbanding Bersih 3.0 kali ini.

Agak susah Pro-Bersih mencari kesilapan pihak Polis di dalam mengendalikan perhimpunan kali ini. PAB sendiri dapat lihat komen-komen di laman Youtube berkaitan video Bersih 3.0 tidak kira di 'upload' oleh Pro Bersih ataupun Anti Bersih, rata-rata komen banyak menyokong tindakan pihak Polis dan majoriti komen semuanya menyelar tindak tanduk pendemo jalanan tersebut.

Bermula dari provokasi melampau oleh sesetengah pendemo Bersih terhadap pihak polis, merempuh halangan pihak Polis sehinggalah memukul anggota Polis.

Rakyat semakin sedar dan celik agenda sebenar perhimpunan yang menggunakan tagline "Duduk dan Bantah" ini, perhimpunan yang dikatakan aman ini bertukar menjadi satu perhimpunan ganas di mana pihak Polis dipukul sehingga cedera parah!

Video-video yang dikeluarkan menjadi bukti bagaimana pendemo jalanan membuat provokasi terhadap pihak polis semenjak malam sebelum perhimpunan berlangsung! Kita dapat lihat pendemo jalanan yang dikepalai oleh Unit Amal Pas merempuh halangan Polis di KLCC!

Pembangkang kini ketandusan idea untuk menyalahakan pihak kerajaan di mana perhimpunan kali ini boleh dikatakan TOTAL FAILURE. Mereka membuat isu dengan mengatakan pihak Polis melanggar pendemo jalanan di SOGO tetapi, yang HAK TETAP BERDIRI!, video-video yang dirakam melihatkan anggota Polis tersebut telahpun separuh sedar di dalam kereta tersebut kerana telah dibaling dengan pelbagai objek termasuk BATA! Sehinggakan kereta yang dipandu terbabas dan melanggar pendemo jalanan yang berada bahu jalan.

Isu yang dimainkan untuk menyalahkan pihak kerajaan dan pihak polis pada kali ini mudah ditepis kerana rakyat dapat menilai siapa yang sebenarnya berlaku ganas ketika perhimpunan itu berlangsung. 

Tidak ada kebaikan yang kita dapat ambil dari Bersih 3.0 ini, lihat saja 'aftermath' perhimpunan ini, adakah 8 TUNTUTAN dalam Bersih masih dilaungkan? TIDAK ADA. Yang ada dilaungkan ialah kesalahan pihak kerajaan dan pihak polis. Memang itu agenda tersembunyi perhimpunan Bersih ini, menunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan itu tidak adil dan pihak berkuasa zalim dalam menjalankan tugas mereka. 8 tuntutan itu hanyalah sebagai umpan untuk menipu rakyat yang belum dapat melihat topeng sebenar penganjur Bersih dan juga pembangkang.

Para pembaca yang budiman, lihat lah sahaja di media-media pembangkang, adakah 8 tuntutan itu masih dilaung-laungkan? Menjelang perhimpunan saja mereka melaungkan 8 tuntutan tersebut, tetapi ketika dan selepas perhimpunan semuanya lenyap, yang hanya dilaungkan hanyalah retorik politik kotor! "Kerajaan salah!,Polis Zalim! Hak asasi diketepikan!" Itu sahajalah yang dilaungkan. 

Sebab itu PAB mengatakan dari awal, perhimpunan Bersih ini tidak ikhlas malah menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Mereka hanya menunggu peluang untuk menyalahkan pihak Kerajaan secara total dan memburukkan imej kerajaan di mata dunia!

Akhir kata, jika Bersih 4.0 dibuat sekali lagi, PAB yakin semakin ramai akan mengetahui agenda sebenar perhimpunan ini dilakukan dan InsyaAllah semakin ramai menghindari perhimpunan yang sia-sia dan merosakkan negara ini.

TQ
PAB..

No comments:

Post a Comment