Thursday 12 April 2012

Negeri di bawah Bayu = Sabah






Boleh dikatakan bahawa Negeri Sabah merupakan kubu kuat Barisan Nasional, ini juga diakui oleh Pakatan Pembangkang. Tidak salah juga kalau PAB katakan bahawa "Silent Majority" banyak terdapat di Sabah.

Tapi untuk post kali ini, PAB ingin menulis tentang kemajuan yang telah rakyat Sabah dapat sepanjang BN memerintah. PAB yakin kebanyakan orang semenanjung telah datang ke Sabah malah ada juga yang telah mengahwini orang Sabah sendiri.

PAB berani mengatakan bahawa pembangunan di Sabah dalam tempoh 5-10 tahun sangat sangat sangat pesat dan laju terumatanya di Kota Kinabalu. Kerajaan BN telah memperuntukan berbillion-billion ringgit untuk memastikan Sabah tidak ketinggalan di arus pembangunan negara.

PR selalu menggunakan modal politiknya untuk mengapi-apikan penduduk Sabah dengan menyatakan bahawa Sabah antara negeri termiskin di Malaysia. PAB sendiri tidak tahu dengan berasaskan apakah PR mengatakan Sabah antara negeri termiskin dan mundur di Malaysia.

Bukan saja dari segi pembangunan malah pengangkutan awam juga semakin teratur dan baik. Semakin banyak pengangkutan Bas yang baru telah disediakan untuk kemudahan dan kesenangan rakyat Sabah. Jalan raya 'fly over' yang dahulunya tiada, juga sudah ada.

Semenjak Kota Kinabalu dinaik taraf menjadi Bandaraya, pembangunan sangat pesat dan banyak. Kota Kinabalu yang PAB lihat dulu memang sangat berbeza dengan keadaan sekarang. PAB dapat lihat bahawa Kerajaan BN mengotakan janji-janji mereka bukan seperti PR yang hanya menuduh dan lebih banyak bercakap dari buat kerja.



Bila ada orang berkata yang skala pembangunan di Sabah ini tidak sama di mana Kota Kinabalu lebih jauh membangun dari daerah-daerah lain, hanya satu nasihat PAB kepada orang-orang sedemikian, Kota Kinabalu adalah bandaraya ataupun tempat tumpuan bagi Sabah, sebut Sabah, ingat Kota Kinabalu, jadi tidak hairanlah jika fokus kerajaan lebih ke Kota Kinabalu kerana Kota Kinabalu adalah PUSAT BANDAR SABAH.

PAB sangat yakin Kerajaan BN tidak melupakan pembangunan di daerah-daerah lain. Sebagai contoh di Daerah Putatan sangat laju membangun di bawah pemerintahan BN dan semakin banyak projek-projek perumahan didirikan di kawasan itu. PAB yakin satu hari nanti Daerah Putatan juga boleh dinaik taraf menjadi status Bandar.

Bukan sahaja Putatan, malah daerah-daerah lain di Sabah juga pesat membangun dalam tempoh 5-10 tahun ini. PAB dapat lihat,  Lahad Datu, Tawau, Kudat, Sandakan, Tuaran dan banyak lagi Daerah lain yang semakin lama semakin membangun di bawah pemerintahan BN.

Matematiknya senang sahaja, bila Kota Kinabalu maju dan membangun, orang luar akan datang ke Sabah dan sekaligus akan melawat daerah-daerah lain. Bila nama Sabah telah dikenali oleh pelancong luar negara, PAB pasti yang daerah lain juga akan dapat nikmat pembangunan yang sama.

Bandingkan Kota Kinabalu dengan Pusat Bandar yang berada di negeri-negeri semenanjung seperti Kuantan, Ipoh, etc, anda dapat lihat bahawa pembangunan di Kota Kinabalu setaraf malah lebih pesat dari bandar-bandar yang lain. PAB yakin bahwa rakyat Sabah sangat bersyukur dengan pembangunan yang dikecapi selama duduk di bawah pemerintahan Kerajaan BN. Oleh itu tidak hairanlah rakyat Sabah sering memberi mandat besar kepada Kerajaan BN pada setiap pilihanraya yang diadakan.

Sebut apa sahaja yang anda ingin lawati dan beli, insyaAllah dapat dicari di Sabah dan semuanya atas jasa Kerajaan BN yang banyak membangunkan Sabah ^_^






(Credit kepada Owner gambar di atas)

TQ
PAB..






1 comment:

  1. Salam,

    Untuk menjadi negara makmur bukan sekadar mengira bilangan bangunan pencakar langit. What we need to concern more is pembangunan modal insan. Tapi saya tidak kata sosioekonomi tidak penting.
    Saya kurang setuju dengan istilah 'silent majoriti' tu. What the image in front on your vary eyes is different on what they are really seems.
    Saya bukanlah tetap berada di Sabah tapi sekurang-kurangnya alert pada pekembangan di sana. Memang betul kerajaan pusat banyak bantu dalam pembangunan Sabah but that is not what Sabahans really need. Kalau setakat tambah shopping complex yang bakal menjadi tempat 'kuliah' budak-budak ponteng sekolah dan melubangkan akaun bank dengan belanja kad kredit, it is just another doom action and Sabahans are just another mentality manipulated victim.
    Saya tidak tahu PAB kaum apa, tapi kalau rujuk sejarah Sabah, saya tidak mahu mengaku merdeka 31 Ogos 1957 and 16 September 1963 juga rasanya agak memalukan untuk diperingati. Mungkin PAB berasal dari keluarga senang dan tidak ada pengalaman menjadi mangsa diskriminasi. How can you hand a land that have been protected by your ancestors blood and died soul to be governed by others. Yet, hanya menjadi anjing suruhan dan mengorbankan hak rakyat asal sabah sendiri. Kita memang tidak tahu situasi sebenar pada masa itu. Persoalannya disini, Most Sabahans don't know what they have been missing dan yang sepatutnya menjadi hak mereka.
    Who can explain why Sabah still jadi negeri paling miskin di Malaysia and if I am not mistaken another blogger mention, juga PALING MISKIN DLM LIST WORLDBANK (they rank ikut report pendapatan per kapita-btul ka x pun xtau. sebarang ja drg tu tulis), walhal Sabah is the 2nd largest state and we have so many income from Tourism, Agriculture, Marine products, Gas and Oil? Another source said, Sabah's actual income excess 3million more than peninsular. How come we are the poorest? Logically, all income will go to kerajaan pusat and we never get it again 100%. Mostly sure be spent on semenanjung because they have their first priority.
    How many Engineers, docs and other professional yang choose to stay in other state rather than sabah? I am still a student, don't count me yet.
    Another issue, why most semenanjungarians berusaha bersungguh-sungguh tidak mahu dapat posting di sabah, like it is a land of culprits and shits. If they are really disgusted and just let Sabah be apart from Msia.
    I am married with a semenanjungarian, thankfully he is also at the same view on this matter.
    Think like a man. Don't talk shit.
    ooohhh saya terlalu banyak merapu, just terkesima dengan coretan yang kurang intelektual daripada saudara.
    Maafkan saya.

    Wasslam.

    ReplyDelete